declare

Blog ini disediakan untuk rujukan pensyarah & para pelajar Semester 1 Sijil Pelukis Pelan Senibina, Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan juga kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu Lukisan Terbantu Komputer (CAD)melalui perisian AutoCAD. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang konsep dalam CAD dan kaedah penggunaan AutoCAD dengan betul dalam menghasilkan Lukisan Kejuruteraan.

Jan 8, 2011

Pendaftaran Pelajar Semester 2 & 4.

Asslamualaikum & Salam Sejahtera.
Pendaftaran pelajar semester 2 & 4 akan berlangsung pada 11 Januari 2010 bertempat di Dewan Syarahan KKBD bermula jam 8.30 pagi. Kepada semua pelajar saya ingin mengucapkan selamat berjaya....semoga semester baru & tahun baru 2011 ini memberikan anda semua kejayaan yang lebih bermakna...

Jan 5, 2011

Keputusan Penuh BPS102 Sesi Julai 2010

Assalammualaikum & salam sejahtera....
Tahniah & syabas saya ucapkan kepada semua pelajar kerana lulus dgn berjaya bagi modul BPS102 Cadd 1 ini. Diharapkan kejayaan ini dapat diteruskan pada modul berikut iaitu BPS 202 Cadd 2. Semoga kemahiran & pengetahuan yang diperolehi semasa semester lepas dapat dimanfaatkan dalam semester ini bagi modul sambungan CADD 2. Teruskan usaha anda & selamat Maju Jaya....

Dec 11, 2010

Peperiksaan Akhir Amali....

Asslammualaikum & Salam Sejahtera....
saya ingin berkongsi sedikit "tips" untuk menjawab soalan peperiksaan akhir Amali yang akan diadakan esok (13/12)....Soalan akhir amali terdiri daripada 4 soalan dimana terdapat beberapa pecahan soalan kecil di dalam setiap soalan....Soalan 1 terdiri daripada 4 soalan kecil yang perlu dijawab...Bagi soalan 2, terdapat 2 soalan kecil di dalamnya...manakala bagi soalah 3 & 4 tiada pecahan soalan kecil....Semua soalan-soalan ini perlu dijawab dalam masa 3 jam...semua soalan ini memerlukan anda melukis beberapa objek dengan menggunkan arahan-arahan melukis, mengubahsuai, bantuan & sebagainya yang telah anda pelajari semasa di dalam kelas amali....gunakan semua kemahiran yang telah anda kuasai untuk menjawabnya....

SELAMAT MENJAWAB & SELAMAT MAJU JAYA.....

Peperiksaan Akihir Teori...

Asslamualaikum & salam sejahtera...
Alhamdullilah & syabas kepada semua pelajar SPS 1A yang telah berjaya menjawab soalan peperiksaan akhir teori CADD 1 tanpa sebarang masalah...setelah saya menyemak semua kertas jawapan anda, boleh dikatakan semua pelajar tidak dapat menjawab dengan baik solana pada bahagian A dan bahagian B, namun begitu terdapat juga sebahagian pelajar sahaja yang boleh menjawad dengan baik...secara keseluruhannya, boleh dirumuskan pencapaian anda semua pada peperiksaan akhir teori ini adalah di tahap sederhana...terdapat 4 orang pelajar sahaja yang mendapat markah lebih tinggi...tahniah kepada mereka....Apa yang perlu anda lakukan ialah menumpukan perhatian kepada soalan peperiksaan Amali pula untuk mendapatkan markah keseluruhan Peperiksaan Akhir yang lebih memuaskan....

Sep 28, 2010

Persediaan Sebelum Melukis

Assalammualaikum & salam sejahtera...

Pada sesi pembelajaran lepas, saya telah menerangkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebagai persediaan sebelum kita membuat lukisan dalam AutoCAD. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah Unit lukisan yg akan digunakan, Drawing limits dan skala yang akan digunakan dalam lukisan kita.

Sep 6, 2010

SALAM AIDILFITRI...


Asslamualaikum & Salam sejahtera....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Pelajar SPS 1A...Semoga lebaran kali ini memberikan kebahagiaan & kesempatan untuk kita bermaaf-maafan dgn ibu bapa, keluarga & sahabat handai....Yang paling utama ialah menjaga diri anda semua semoga sentiasa berada dalam keaadan selamat dan dilingdungi oleh-Nya...
Ingin saya berpesan, sentiasalah menjaga adab pergaulan dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa kecil & dosa besar....Insyaallah semoga kita semua diberkati & diredhai oleh Allah SWT....
Kelas kita akan disambung semula pada Hari Rabu 22 September 2010..Saya mohon ampun & maaf jika ada salah silap sepanjang saya mengajar anda semua.....Insyaallah...

.........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.......

Aug 30, 2010

Salam Kemerdekaan...


Asslamualaikum & Salam sejahtera....

Salam Kemerdekaan saya ucapkan kepada semua pelajar SPS 1a...semoga anda semua dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar...

Saya ingin maklumkan bahawa saya akan bercuti pada 1 & 2 September 2010 (Rabu & Khamis)....Kelas pada hari Rabu akan diambil alih oleh Pn.Che Rogayah...Pelajar akan diminta untuk membuat latihan yang berkaitan dengan Arahan-arahan yang telah anda pelajari. Simpan lukisan anda di dalam pendrive. Manakala pada hari Khamis kelas ditunda ke satu tarikh yg akan diberitahu kelak....Harap Maklum...

Selamat Menyambut Kemerdekaan Kali Ke-53....Merdeka! Merdeka! Merdeka!